CTPD2025/S8: PRECISE AERIAL MAPPING ADVANCED COURSE FOR OPERATOR
Kursus CTPD 2025/S8: Precise Aerial Mapping Advanced Course for Operator telah berjaya dijalankan pada 17–18 November 2025 bertempat di Drone Academy Asia, Cyberjaya. Kursus ini memberi tumpuan kepada peningkatan kemahiran operator UAV dalam melaksanakan kerja-kerja pemetaan udara.
Sepanjang dua hari penganjuran, seramai 28 orang peserta telah diberikan pendedahan teori dan praktikal berkaitan undang-undang, peraturan, perancangan misi penerbangan, prosedur pengumpulan data, serta penggunaan perisian pemprosesan fotogrametri.





















