CTPD2025/J19B: UNDERGROUND SURVEY AND MAPPING PRACTICE: GEOLITIC AND REFLEXW
Kursus CTPD2025/J19B: Underground Survey and Mapping Practice: Geolitic and ReflexW telah berlangsung dengan pada 19-21 November 2025 bertempat di Cameron Highlands, Pahang.
Kursus ini memberi tumpuan kepada penguasaan asas serta aplikasi praktikal Ground Penetrating Radar (GPR). Peserta mempelajari teori asas GPR, jenis dan fungsi peralatan serta kemahiran operasi instrumen dalam situasi di tapak sebenar.
Kursus ini turut merangkumi latihan pemprosesan data menggunakan perisian Reflex-W dan Geolitic, termasuk langkah menganalisis dan interpretasi profil bawah tanah. Di akhir kursus, setiap kumpulan membuat pembentangan mengenai hasil daripada pembelajaran.
