KUNJUNGAN DARIPADA UNIVERSITAS GADJAH MADA, INDONESIA

PEJUTA > Courtesy Visit > KUNJUNGAN DARIPADA UNIVERSITAS GADJAH MADA, INDONESIA

KUNJUNGAN DARIPADA UNIVERSITAS GADJAH MADA, INDONESIA

Pada 14 Oktober 2026, PEJUTA berbesar hati menerima kunjungan delegasi daripada Departemen Teknik Geodesi, Fakultas Teknik, Universitas Gadjah Mada (UGM), Indonesia.

Lawatan ini diisi dengan sesi pengenalan mengenai PEJUTA dan peranannya dalam pembangunan profesion ukur tanah dan geomatik di Malaysia, di samping perbincangan mengenai potensi kerjasama serta perkongsian penyelidikan terkini dalam bidang geodesi dan geomatik.

Pertemuan ini turut membuka ruang pertukaran ilmu dan pengalaman antara pihak industri dengan institusi akademik. Semoga hubungan yang terjalin menjadi asas kepada kerjasama strategik yang memberi manfaat kepada pembangunan profesion geomatik di kedua-dua negara.

Leave A Comment

All fields marked with an asterisk (*) are required