KUNJUNGAN HORMAT KE JABATAN TANAH DAN UKUR SABAH
Kunjungan hormat PEJUTA ke Jabatan Ukur Dan Tanah Sabah telah diketuai Presiden, Haji Shaharuddin bin Musa pada 10
Februari 2020. Kunjungan tersebut telah disambut baik oleh Pengarah , En. Liew Chau Min, Bernard. Beliau telah berkongsi
maklumat tentang proses ukur dan pendaftaran yang dilakukan di Negeri Sabah. Selain itu, beliau telah membawa ahli
PEJUTA melawat seksyen-seksyen yang berada di situ.






