KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN ASEAN FLAG

PEJUTA > Courtesy Visit > KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN ASEAN FLAG

KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN ASEAN FLAG

PEJUTA telah menerima kunjungan hormat daripada Presiden Asean Federation of Land Surveying and Geomatics (ASEAN FLAG), Ir. Randolf Sevidal Vicente pada 2 Disember 2018. Ketibaan beliau telah disambut oleh Setiausaha Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT), Dato’ Indera LSr Ismail Harun, Presiden PEJUTA, LSr Haji Shaharudin Musa, Ahli Majlis Eksekutif PEJUTA, LSr Haji Jalal Bin Johari serta Ketua Pegawai Operasi, Raja Bismayazan Bt Raja Abd Aziz.

Tujuan utama lawatan ini adalah untuk bertemu dengan ahli Majlis PEJUTA bagi mempereratkan hubungan silaturahim serta membincangkan dan meneliti perkembangan semasa Pasukan Malaysia dalam ASEAN FLAG berkaitan Teras dan Keutamaan pentadbiran sedia ada. Pertemuan ini telah berlangsung dengan baik dan membuahkan hasil, di mana beberapa idea bernas telah dibangkitkan dan dibincangkan demi kebaikan kedua-dua organisasi.

Presiden ASEAN FLAG turut ditemani oleh isteri beliau, Puan Marivic dan berkesempatan melawat pejabat PEJUTA.