MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEJUTA YANG KE-37 (2016)
Mesyuarat Agung Tahunan PEJUTA yang Ke-37 telah diadakan pada16 Mac 2016, bertempat di Hotel Marriott Putrajaya. Mesyuarat ini telah dihadiri seramai 303 ahli PEJUTA dan telah dirasmikan oleh Pengerusi Lembaga Jurukur Tanah Malaysia, YBhg. Datuk LSr Ahmad Fauzi bin Nordin.
Antara perkara penting yang dibincangkan adalah isu berkaitan kelulusan pelan pembangunan, peranan PEJUTA dalam memperkasakan profesion Jurukur Tanah Berlesen, serta keperluan memperkemaskan kerjasama antara agensi-agensi kerajaan dan swasta.
Tiada pemilihan Ahli Majlis Eksekutif dilakukan tahun ini kerana barisan exco sedia ada masih dalam tempoh perkhidmatan. Namun begitu, mesyuarat bersetuju melantik semula dua orang Juru Audit Dalaman bagi penggal baharu.
Majlis diakhiri dengan penyampaian sijil kepada ahli-ahli baharu serta sesi soal jawab yang membina profesionalisme Jurukur Tanah Berlesen.






































