BENGKEL PEMETAAN UTILITI ANJURAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA (UTM)
Bengkel Pemetaan Utiliti anjuran University Teknologi Malaysia (UTM) telah diadakan pada 29 & 30 September 2015. PEJUTA telah menghantar dua orang wakil untuk menjadi penceramah bengkel mengenai ukuran utiliti bawah tanah. Wakil tersebut adalah Datuk LSr Johari Wahab dengan pembentangan beliau yang bertajuk “Utility Mapping Workshop : Challenges and Solution by University Technology Malaysia” dan LSr Logisvarran Muniandy dengan pembentangan bertajuk “Joint International Geoinformation & National Underground Utility Conference 2015”.















