PROFESSIONAL DAY PEJUTA 2016

PEJUTA > Social & Sport > PROFESSIONAL DAY PEJUTA 2016

PROFESSIONAL DAY PEJUTA 2016

PEJUTA telah menganjurkan Hari Profesional buat julung-julung kali dengan penyertaan hampir 100 ahli PEJUTA beserta ahli-ahli keluarga sejumlah 358 orang di Padang Semarak, Taman Wetland, Presint 13, Putrajaya.

Pelbagai aktiviti menarik berbentuk kekeluargaan merangkumi sukaneka, zumba, human foosball dan pertandingan mencari harta karun telah dijalankan bagi membawa keseimbangan di dalam persekitaran kerjaya dan juga di luar waktu bekerja. Ceramah profesional mengenai Etika dan Protokol Rasmi juga telah diadakan ketika waktu makan tengahari agar peserta program dapat menambah ilmu.

PEJUTA juga telah berjaya mendapatkan sumbangan peribadi dan korporat yang telah digunakan dalam mengelolakan majlis tersebut termasuk menyediakan hadiah-hadiah dan makan minum. Majlis juga telah disertai oleh sebanyak 14 vendor yang kebanyakannya merupakan ahli korporat PEJUTA yang mempamerkan pelbagai produk berkaitan geomatik telah menambah warna-warni majlis.