GOLF TAHUNAN PEJUTA 2018
Tujuan utama Kejohanan Golf Tahunan PEJUTA 2018 adalah untuk mengeratkan ikatan setiakawan sesama ahli PEJUTA serta tetamu jemputan di kalangan komuniti Jurukur Tanah di negara ini. Ianya dimaterialisasikan dalam bentuk aktiviti-aktiviti riadah dan sosial. Kejohanan ini telah berlangsung pada 27 Mac 2018 bermula jam 8.00 pagi bertempat di Kota Permai Golf & Country Club, Kota Kemuning, Shah Alam. Seramai 68 orang menyertai dimana majoritinya adalah ahli-ahli PEJUTA termasuk pemain-pemain jemputan terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Kementerian Sumber Aslidan Alam Sekitar serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Pertandingan tersebut telah berjalan dengan lancar dalam keadaan cuaca yang baik sehingga tamat manakala penyampaian hadiah pula telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’Dr Hj Mohd Zaid bin Abdullah selaku Presiden PEJUTA. Penyampaian
hadiah disempurnakan semasaJamuan Makan Tengah Hari di Club Golf tersebut.





















































