SUBSURFACE ASSET MANAGEMENT & SURVEYING INTERNATIONAL CONFERENCE 2019 (SAMS’19)

PEJUTA > Conference > SUBSURFACE ASSET MANAGEMENT & SURVEYING INTERNATIONAL CONFERENCE 2019 (SAMS’19)

SUBSURFACE ASSET MANAGEMENT & SURVEYING INTERNATIONAL CONFERENCE 2019 (SAMS’19)

Persidangan “Subsurface Asset Management & Surveying International Conference” (SAMS’19) yang bertemakan “Bridging the Underworld” telah berlangsung dengan jayanya pada 25 hingga 26 Mac 2019 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur. Persidangan ini menghimpunkan lebih daripada 200 peserta yang terdiri daripada ahli-ahli PEJUTA, wakil agensi kerajaan dan swasta, 40 pelajar institusi pengajian tinggi (IPT), 15 pempamer serta 20 pembentang yang berkongsi ilmu dan pengalaman berkaitan pengurusan aset bawah tanah.

Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ LSr. Mohd Noor bin Isa, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) diiringi oleh Presiden PEJUTA, YBhg. Dato’ LSr. Mohd Zaid bin Abdullah.

Persidangan ini diakhiri dengan penuh kemeriahan melalui Majlis Makan Malam PEJUTA yang turut diadakan pada 26 Mac 2019 sebagai penutup tirai acara.