PROFESSIONAL DAY PEJUTA 2019

PEJUTA > Social & Sport > PROFESSIONAL DAY PEJUTA 2019

PROFESSIONAL DAY PEJUTA 2019

Hari Profesional PEJUTA (HPP) bagi tahun 2019 telah diadakan di Ancasa Residence, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 3 dan 4 Ogos 2019. Program ini merupakan program kesinambungan PEJUTA yang bertujuan mengeratkan persefahaman akrab di antara ahli PEJUTA dan juga ahli keluarga. HPP 2019 ini telah disertai oleh 55 orang ahli PEJUTA berserta 231 orang ahli keluarga. Ahli Jawatankuasa “Sport and Social” yang diketuai oleh Encik Azhar bin Husain bersama-sama seketariat PEJUTA telah menguruskan HPP 2019 dari segi persediaan dan pengurusan program dari awal sehingga tamat. Pelbagai aktiviti menarik berbentuk kekeluargaan telah diadakan seperti treasure hunt, sukaneka, majlis makan malam dan membersihkan kawasan pantai port dickson. Aktiviti ini bertujuan untuk memupuk semangat kerja berpasukan dalam tujuan utama peganjuran program Hari Profesional PEJUTA.