ANNUAL GOLF PEJUTA 2020
Acara Golf PEJUTA merupakan acara tahunan yang telah disusun dalam jadual aktiviti tahunan PEJUTA. Acara ini diadakan bertujuan mengumpul seberapa ramai JTB yang aktif dengan acara golf bagi mengeratkan silaturahim antara JTB.
Pertandingan Golf Tahunan PEJUTA pada awalnya dijadualkan pada 24 Mac 2020, namun terpaksa ditangguhkan ke 21 September 2020 akibat wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia. Seramai 44 orang telah menyertai pertandingan ini. Ia diadakan di Glenmarie Golf & Country Club, Shah Alam dengan amalan norma baharu.





































































