SEMINAR PEMBANGUNAN JURUUKUR TANAH BERLESEN SIRI 1/2021

PEJUTA > Seminar > SEMINAR PEMBANGUNAN JURUUKUR TANAH BERLESEN SIRI 1/2021

SEMINAR PEMBANGUNAN JURUUKUR TANAH BERLESEN SIRI 1/2021

Seminar Pembangunan Juruukur Tanah Bertauliah Siri 1/2021 telah berjaya dianjurkan pada 30 Mac 2021 bertempat di Hilton Hotel Kuala Lumpur. Seminar ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan serta memperkukuh profesionalisme dalam kalangan Jurukur Tanah Berlesen.

Seminar secara rasmi bermula pada jam 10.00 pagi dengan ceramah bertajuk “Cara Membangunkan Semula Bisnes Selepas Pandemik COVID-19” yang disampaikan oleh Encik Mohd Rizal bin Abd Rashid. Sesi ini memberi fokus kepada strategi pemulihan perniagaan dalam norma baharu.

Pada sebelah petang, seminar diteruskan dengan taklimat bertajuk “Malaysia Geodetic Reference Frame 2020 (MGRF2020)” oleh Dr. Mohd Yunus bin Mohd Yusoff. Kemudian seminar disambung dengan sesi akhir iaitu penerangan “Surat Pekeliling Pengarah Ukur dan Pemetaan Bilangan 1 Tahun 2020”, yang disampaikan oleh Sr Azlim Khan bin Abdul Raof Khan.