SUBSURFACE ASSET MANAGEMENT & SURVEYING INTERNATIONAL CONFERENCE 2021 (SAMS’21)

PEJUTA > Conference > SUBSURFACE ASSET MANAGEMENT & SURVEYING INTERNATIONAL CONFERENCE 2021 (SAMS’21)

SUBSURFACE ASSET MANAGEMENT & SURVEYING INTERNATIONAL CONFERENCE 2021 (SAMS’21)

Pada 21 dan 22 September 2021, SAMS telah berjaya diadakan dengan konsep ‘webinar’ menggunakan platform dalam talian. Seramai 221 peserta yang menghadiri program ini dan 190 orang daripadanya adalah Juruukur Tanah Berlesen (JTB). Pada acara kali ini, seramai 23 pembentang dari dalam dan luar negara membuat pembentangan mengikut skop kepakaran masing-masing. Sebanyak tiga (3) syarikat yang menjadi penaja program pada tahun ini iaitu Hi-Target Malaysia, Geoinfo Services Sdn. Bhd. dan AFTech Construction Sdn. Bhd.

Pada hari pertama program, seramai 11 orang pembentang membuat pembentangan dan seramai 7 pembentang melakukan pembentangan secara pra-rakaman (recorded) serta 4 lagi secara langsung (live presentation). Manakala pada hari kedua pula, seramai 12 orang pembentang membuat pembentangan dan seramai 8 orang membuat pembentangan secara pra-rakaman (recorded) serta 4 lagi secara langsung (live presentation).