SESI DIALOG AHLI MAJLIS EKSEKUTIF PERSATUAN JURUUKUR TANAH BERTAULIAH MALAYSIA (PEJUTA) BERSAMA PENGARAH UKUR NEGERI (JUPEM)
Satu Sesi Dialog Ahli Majlis Eksekutif Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) bersama Pengarah Ukur Negeri (JUPEM) telah berlangsung pada 27 Disember 2021 bertempat di Hotel Avillion, Port Dickson, Negeri Sembilan dan dirasmikan oleh YBrs. Sohaime bin Haji Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I.
Objektif utama Sesi Dialog diadakan adalah untuk mengeratkan hubungan di antara Pengarah Negeri JUPEM dan Ahli Majlis Eksekutif PEJUTA. Sesi Dialog tersebut dimulakan dengan Kata Aluan daripada Presiden PEJUTA, Dr. Noordin bin Ahmad serta membincangkan berkenaan isu- isu berbangkit serta cadangan penyelesaian yang berlaku di setiap Negeri yang terlibat.
















