BENGKEL MENJAWAB SOALAN BAHAGIAN AKTA JURUUKUR TANAH BERLESEN 2011
Pada 6hb sehingga 8hb Februari 2022, PEJUTA telah mengadakan satu bengkel menjawab Kertas Peperiksaan Bahagian 1: Amalan Kadaster yang telah disertai seramai 50 orang peserta dikalangan Article Pupil di Grand Miilennium, Kuala Lumpur.
Terdapat 4 panel yang dijemput oleh pihak PEJUTA bagi membantu Article Pupil pada bengkel tersebut. Panel yang terlibat adalah, Tuan hj Anual bin Aziz, Tuan Hj Ahamad bin Zakaria, Dr. Hj Noordin bin Ahmad, dan juga Tuan Raiz bin Razali.
Di dalam bengkel ini, Article Pupil berpeluang mengajukan persoalan yang berkaitan kepada semua panel yang berpengalaman didalam menjawab serta menyemak kertas soalan Bahagian 1: Amalan Kadaster. Article Pupil juga berpeluang menjawab kertas-kertas soalan yang lepas bagi pendedahan serta persediaan menjawab kertas soalan sebenar yang akan datang.











