MAPPING CONFERENCE 2022 (MAP2022)

PEJUTA > Conference > MAPPING CONFERENCE 2022 (MAP2022)

MAPPING CONFERENCE 2022 (MAP2022)

Satu persidangan Mapping Conference 2022 (M@P2022) telah diadakan pada 11 dan 12hb Oktober 2022 bertempat di Shangri-La, Kuala Lumpur. Seramai 19 pembentang telah membuat pembentangan pada kedua – dua hari persidangan berlangsung.

Seramai 17 pembentang daripada dalam negara dan dua (2) daripada luar negara iaitu negara Singapura dan Brunei Darul Salam.
Tema persidangan adalah “Map the Nation” dan objektif utama adalah untuk mendedahkan kepada peserta persidangan peranan bidang geomatik di dalam pembangunan negara.

Kertas-kertas pembentangan antara lain adalah bidang pemetaan geologi, bencana alam, pemetaan bawah tanah, pemetaan hidrografi, dan isu-isu dasar berkaitan perundangan yang berkaitan dengan pemetaan negara. Persidangan telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali.

Seramai 272 peserta telah menghadiri persidangan ini yang mana 146 peserta terdiri daripada Ahli PEJUTA, 97 peserta daripada luar dan dalam negara dan 29 orang daripada pelajar-pelajar Institut Pengajian Tinggi. Sebanyak 15 syarikat swasta dan dua (2) agensi kerajaan telah turut serta memeriahkan persidangan ini dengan membuka tapak pameran yang mempamerkan pelbagai peralatan terkini pemetaan serta inisiatif- inisiatif yang telah dijalankan oleh syarikat dan agensi kerajaan tersebut.