MAJLIS MAKAN MALAM PEJUTA 2023
Majlis Makan Malam PEJUTA 2023 telah diadakan pada 20 Mac 2023 bertempat di Shangri-La Kuala Lumpur. Turut hadir ke Majlis ini ialah Dato’ LSr Indera Ismail bin Harun, Setiausaha Lembaga Jurukur Tanah Malaysia dan LSr Wan Mohamad Darani bin Wan Ab Rahman sebagai tetamu kehormat. Di akhir acara majlis, sesi penyampaian sijil keahlian kepada ahli PEJUTA bagi tahun 2022/2023 telah disampaikan oleh Presiden PEJUTA, Datuk LSr Mohd Hanifa bin K Abd Hamid.














