MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEJUTA YANG KE-44
Mesyuarat Agung Tahunan Ke-44 Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) telah diadakan dengan jayanya pada 21 Mac 2023 (Selasa), bertempat di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur. Mesyuarat yang bermula pada jam 10.00 pagi itu telah menghimpunkan seramai 282 orang ahli PEJUTA.
Antara agenda utama mesyuarat kali ini ialah pembentangan dan penerimaan Laporan Tahunan PEJUTA bagi tahun 2022. Laporan tersebut merangkumi pelbagai aktiviti dan inisiatif yang telah dilaksanakan sepanjang tahun. Selain itu, Laporan dan Penyata Kewangan PEJUTA bagi tahun 2022 turut dibentangkan untuk tatapan dan kelulusan ahli.
Mesyuarat turut menyaksikan proses pemilihan dua (2) orang Juru Audit Dalaman (Honorary Auditors) yang baharu, untuk menjalankan audit dalaman persatuan. Di samping itu, satu firma audit profesional juga telah dilantik secara rasmi untuk menjalankan audit ke atas penyata kewangan PEJUTA bagi tahun kewangan berikutnya.
Secara keseluruhannya, Mesyuarat Agung Tahunan Ke-44 ini telah berjalan dengan lancar dan mencapai matlamatnya. Ia bukan sahaja memperkukuh sistem tadbir urus persatuan, malah memberi peluang kepada ahli untuk menyuarakan pandangan serta memberi cadangan demi kemajuan PEJUTA pada masa akan datang.

















