SEMINAR PEMBANGUNAN PROFESIONAL JURUUKUR TANAH BERLESEN BIL. 1/2024
Seminar Pembangunan Profesional Juruukur Tanah Berlesen Bil 1/2024 telah diadakan pada 6 Mac 2024, di Hotel Seri Pacific, Kuala Lumpur. Dua (2) penceramah telah dijemput iaitu Norhikmahtul Hakim binti Othman dari KWSP Cawangan Wangsa Maju membincangkan mengenai KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan Wan Kartini binti W. Azmi dari Cawangan Dasar Cukai Perkhidmatan, Bahagian Cukai Dalam Negeri (SST), Jabatan Kastam Diraja Malaysia, memberi taklimat mengenai Cukai Perkhidmatan. Selain itu, terdapat sesi bersama Presiden dan Pengenalan Calon untuk Majlis Eksekutif bagi penggal 2024/2026.


























