PEJUTA BERSAMA MALAYSIA HARI INI (MHI TV3)
Presiden PEJUTA, LSr Md Rodi bin Ismail telah dijemput untuk hadir dalam segmen Malaysia Hari Ini (MHI) di TV3 bagi memberikan pandangan mengenai Isu Perumahan Bertingkat di Malaysia daripada sudut Juruukur Tanah Berlesen. Dalam sesi bual bicara, beliau membincangkan pelbagai isu dan cabaran yang berkaitan dengan pembangunan perumahan bertingkat di negara. Program ini telah disiarkan secara langsung pada 21 Mac 2024.