11th NATIONAL GEOMATICS/GEOINFORMATICS STUDENTS INNOVATION COMPETITION (NGGSIC)

PEJUTA > Education > 11th NATIONAL GEOMATICS/GEOINFORMATICS STUDENTS INNOVATION COMPETITION (NGGSIC)

11th NATIONAL GEOMATICS/GEOINFORMATICS STUDENTS INNOVATION COMPETITION (NGGSIC)

Program 11th National Geomatics/Geoinformatics Student Innovation Competition (NGGSIC) 2024 telah diadakan pada 24 hingga 25 Mei 2024. Program tahunan ini dianjurkan secara usahasama antara Royal Institution of Surveyor Malaysia (RISM) dan Institut Pengajian Tinggi Awam dan Swasta (IPT & IPTS) di seluruh Malaysia. Politeknik Merlimau telah diberi penghormatan untuk menjadi tuan rumah bagi penganjuran NGGSIC kali ke-11 pada tahun 2024.

Tujuan utama program ini adalah untuk menggalakkan para pelajar IPTA dan IPTS, terutamanya dalam bidang Sains Ukur, Geomatik, dan Geoinformasi, dalam menghasilkan kajian, rekacipta, dan idea-idea baru yang berkualiti dalam penghasilan peta kreatif serta pembangunan sistem inovatif dalam bidang tersebut.