MYGEOMATICS 2024 CONFERENCE & EXHIBITION

PEJUTA > Conference > MYGEOMATICS 2024 CONFERENCE & EXHIBITION

MYGEOMATICS 2024 CONFERENCE & EXHIBITION

Persidangan MyGeomatics 2024 telah berlangsung pada 17-18 September 2024 di Shangri- La Kuala Lumpur dan dirasmikan oleh Presiden ASEAN Federation of Land Surveying and Geomatics (AFLAG), LSr Shaharuddin bin Musa. Persidangan ini dianjurkan oleh PEJUTA dengan sokongan Lembaga Jurukur Tanah (LJT). Ia berjaya menghimpunkan lebih daripada 250 peserta daripada pelbagai sektor, termasuk Juruukur Tanah Berlesen, Juruukur Tanah Berdaftar, Article Person, agensi kerajaan seperti JUPEM, agensi swasta, serta pensyarah dan pelajar daripada institusi pengajian tinggi. Persidangan ini bertujuan untuk:

  • Menghimpunkan para profesional industri geomatik dari seluruh dunia bagi berkongsi pengetahuan.
  • Memaparkan inovasi terkini dalam bidang geomatik.
  • Membincangkan masa depan teknologi ukur dalam industri geomatik.
  • Menyediakan platform rangkaian kepada peserta untuk berhubung dengan pemimpin industri dan rakan kerjasama.

Persidangan ini menampilkan pembentang yang terdiri daripada:

  • Juruukur Tanah Berlesen
  • Pensyarah dan pengkaji dalam bidang geomatik
  • Inovator serta pemain industri geomatik terkemuka dari dalam dan luar negara

Pembentang ini berkongsi pandangan mengenai trend terkini, cabaran, serta peluang dalam bidang geomatik. Selain itu, ruang pameran turut disediakan bagi vendor terkemuka untuk memperkenalkan teknologi dan perkhidmatan mereka.

Persidangan ini telah memberi pelbagai manfaat kepada peserta, antaranya:

  • Peluang untuk mendapatkan maklumat dan ilmu terkini dalam bidang geomatik.
  • Rangkaian luas dengan profesional dan pemimpin industri.
  • Pendedahan kepada teknologi terbaru dalam pemetaan, hidrografi, dan utiliti bawah
    tanah.
  • Ruang untuk meneroka potensi kerjasama dan inovasi dalam industry geomatik.

Persidangan MyGeomatics 2024 telah berjaya mencapai objektifnya dengan menyediakan platform yang komprehensif kepada semua pihak berkepentingan dalam bidang geomatik. Kejayaan penganjuran ini diharapkan dapat diteruskan dalam edisi seterusnya.