KARNIVAL GEOMATIK ANJURAN UiTM ARAU, PERLIS

PEJUTA > Education > KARNIVAL GEOMATIK ANJURAN UiTM ARAU, PERLIS

KARNIVAL GEOMATIK ANJURAN UiTM ARAU, PERLIS

Karnival Geomatik anjuran Kolej Pengajian Alam Bina (KAB), UiTM Cawangan Perlis bertemakan ‘Geomatik Untuk Semua’ telah diadakan pada 15-16 Oktober 2024. Karnival ini melibatkan Pensyarah dan para Pelajar Sains Ukur & Geomatik UiTM Arau. Objektif Karnival Geomatik adalah dapat meningkatkan kesedaran tentang apa itu Geomatik dan seterusnya menarik minat generasi muda untuk lebih mengenali Geomatik. Antara aktiviti program ini adalah Forum motivasi, pameran, demonstrasi, Geomatic Explorace, Cerapan Astronomi dan sesi perkongsian ilmu pengetahuan dan pengalaman bersama pelajar, pihak akademik dan pihak industri dalam bidang Geomatik.

Presiden PEJUTA, LSr Md Rodi bin Ismail telah menjadi salah seorang panel forum yang bertajuk “Hala Tuju Bidang Sains Ukur & Geomatik” manakala Naib Presiden PEJUTA, LSr Ahmad Wizan bin Mohd Thani telah menjadi ahli panel bagi forum kesedaran awam yang bertajuk “Lot Lidi: Bala atau Untung?”. Pihak PEJUTA juga telah membuka ruang pameran bagi memberi pendedahan kepada orang awam, pihak akademik serta para pelajar mengenai PEJUTA.