GIS DAY 2024 ANJURAN UiTM SHAH ALAM

PEJUTA > Seminar > GIS DAY 2024 ANJURAN UiTM SHAH ALAM

GIS DAY 2024 ANJURAN UiTM SHAH ALAM

Program GIS Day 2024 bertemakan “Mapping Minds, Shaping The World: 25 Years Of GIS Excellence”, telah dianjurkan oleh Pengajian Sains Geomatik dan Sumber Alam (PSGSA), Kolej Pengajian Alam Bina, UiTM Shah Alam dengan kerjasama ESRI Malaysia. Acara ini berlangsung pada 3 Disember 2024 di Foyer Menara SAAS, Universiti Teknologi MARA, Shah Alam, Selangor.

Antara aktiviti yang dijalankan dalam program ini termasuk ceramah kerjaya dan sesi perkongsian, pameran geospatial dan geomatik, serta podcast secara langsung berkaitan geospatial. Selain itu, turut diadakan pertandingan aplikasi geo untuk pelajar, ceramah teknikal berkaitan geospatial, dan demonstrasi teknologi geospatial serta geomatik. Peserta juga berpeluang menyertai lawatan universiti serta pelbagai permainan berkonsepkan geospatial dan geomatik.

Program ini bertujuan untuk memupuk minat dan meningkatkan kesedaran mengenai Sistem Maklumat Geografi (GIS).