SESI TAKLIMAT MENGENAI AKTA DAN PERATURAN JURUKUR TANAH BERLESEN
Sesi taklimat mengenai Akta dan Peraturan-Peraturan Juruukur Tanah Berlesen (Pindaan 2024) telah diadakan untuk ahli PEJUTA mengikut zon iaitu Zon Utara, Zon Tengah, Zon Selatan dan Zon Pantai Timur.
Taklimat ini merupakan inisiatif yang diambil oleh PEJUTA dengan kerjasama Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT). Sesi taklimat ini telah disampaikan oleh LSr Mohd Riduan bin Mohamad @ Idris, Timbalan Setiausaha, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia. Taklimat ini menekankan skop utama pindaan, antaranya:
- Pengukuhan Akta – Mengemas kini pemakaian Akta di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan serta memperkenalkan peruntukan pengemukaan dokumen secara elektronik.
- Perluasan skop kerja Juruukur Tanah Berlesen (JTB) – Memberikan kuasa kepada LJT dalam bidang ukur geomatik selain daripada ukur hak milik.
- Penambahbaikan hukuman tatatertib – Peningkatan kadar denda bagi kesalahan jenayah melibatkan individu bukan JTB serta hukuman tatatertib terhadap kesalahan tatalaku profesional JTB.
- Pemansuhan istilah lama & pengenalan definisi baharu – Pindaan berbangkit yang lebih relevan dan signifikan.
Sesi taklimat ini telah mendapat sambutan yang amat baik daripada ahli Ordinari dan Graduan PEJUTA, dengan kehadiran seramai 454 orang di keempat-empat zon.










