MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PENGHARGAAN PENDAFTARAN HAKMILIK STRATUM PERTAMA DIMALAYSIA

PEJUTA > Dinner > MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PENGHARGAAN PENDAFTARAN HAKMILIK STRATUM PERTAMA DIMALAYSIA

MAJLIS MAKAN MALAM SEMPENA PENGHARGAAN PENDAFTARAN HAKMILIK STRATUM PERTAMA DIMALAYSIA

Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) telah menganjurkan Majlis Makan Malam sempena Penghargaan Hakmilik Stratum Pertama Malaysia pada 7 Oktober 2026 di Holiday Inn & Suites Penang Prai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Majlis tersebut telah dihadiri oleh Tuan Yang Terutama Tun Dato’ Seri Utama Haji Ramli bin Ngah Talib, Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, yang turut menyempurnakan penyampaian Sijil Pencapaian dan Sijil Penghargaan kepada pihak yang terlibat.

Sijil Pencapaian telah disampaikan kepada Jurukur Menara Sdn Bhd. Sementara itu, Sijil Penghargaan disampaikan kepada Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian (Persekutuan), Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Pulau Pinang, Jabatan Ukur dan Pemetaan Negeri Pulau Pinang, Lembaga Jurukur Tanah Malaysia, Pejabat Tanah dan Daerah Timur Laut, Pulau Pinang, serta Island Hospital Sdn Bhd.

Pengisian majlis turut merangkumi ucapan Presiden PEJUTA, LSr Md Rodi bin Ismail, dan tayangan video montaj berkaitan stratum. Persembahan kebudayaan boria serta persembahan muzik mengiringi jamuan makan malam.

Pendaftaran Hakmilik Stratum Pertama Malaysia ini menyokong perancangan dan pembangunan hartanah yang lebih teratur serta pengurusan ruang bawah tanah secara sistematik, selaras dengan perundangan tanah demi manfaat rakyat.

Leave A Comment

All fields marked with an asterisk (*) are required