CTPD2025/J19A UNDERGROUND SURVEY AND MAPPING PRACTICE: ELECTROMAGNETIC LOCATOR (EML)

PEJUTA > CTPD > CTPD2025/J19A UNDERGROUND SURVEY AND MAPPING PRACTICE: ELECTROMAGNETIC LOCATOR (EML)

CTPD2025/J19A UNDERGROUND SURVEY AND MAPPING PRACTICE: ELECTROMAGNETIC LOCATOR (EML)

Seramai 18 orang Jurkur Tanah Berlesen telah menyertai kursus CTPD2025/J19A: Underground Survey and Mapping Practice: Electromagnetic Locator (EML) pada 17-19 November 2025 bertempat di Cameron Highlands, Pahang. Kursus ini dianjurkan sebagai sebahagian daripada inisiatif bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran Juruukur Tanah Berlesen dalam bidang pengesanan dan pemetaan utiliti bawah tanah.

Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi kefahaman menyeluruh mengenai kaedah dan teknik pengesanan utiliti bawah tanah, khususnya menggunakan instrumen Electromagnetic Locator (EML). Peserta juga didedahkan kepada pelbagai situasi di lapangan sebenar, termasuk kawasan berinfrastruktur padat dan persekitaran yang mempunyai gangguan medan elektromagnet yang kompleks.

Selain sesi teori, latihan praktikal memberi peluang kepada peserta untuk mengendalikan EML secara langsung dan mengenal pasti kedudukan utiliti bawah tanah. Peserta turut dilatih untuk menganalisis serta mentafsir data hasil pengesanan termasuk pengesahan ketepatan, catatan maklumat lapangan dan penyediaan laporan pemetaan utiliti.