Seminar Pembangunan Profesional Juruukur Tanah Berlesen Bil. 2 Tahun 2026

PEJUTA > Seminar > Seminar Pembangunan Profesional Juruukur Tanah Berlesen Bil. 2 Tahun 2026

Seminar Pembangunan Profesional Juruukur Tanah Berlesen Bil. 2 Tahun 2026

PEJUTA telah menganjurkan Seminar Pembangunan Profesional Juruukur Tanah Berlesen Bil. 2 Tahun 2026 pada 6 dan 7 Oktober 2026 di Holiday Inn & Suites Penang Prai, Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Seminar ini memberi tumpuan kepada aspek teknikal ukur kadaster serta isu berkaitan strata dan pengambilan tanah.

Pengisian hari pertama merangkumi prosedur dan penetapan Cadastral Reference Marks (CRM) oleh JUPEM Perak, diikuti prosedur kalibrasi Sistem Satelit Navigasi Global (GNSS) oleh Bahagian Ukur Geodetik, Ibu Pejabat JUPEM dan penyerahan fail XML strata bagi memenuhi keperluan JUPEM, dengan penglibatan JUPEM Pulau Pinang.

Pada hari kedua, pembentangan tajuk isu dan cabaran berkaitan Sijil Formula Unit Syer (SiFUS) dan Perbadanan Pengurusan Subsidiari (Sub-MC) oleh Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang. Topik lain merangkumi isu dan cabaran pengambilan tanah oleh wakil Jabatan Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, serta isu dan cabaran permohonan strata di Pulau Pinang oleh Pengarah Pejabat Tanah dan Galian Pulau Pinang.

Leave A Comment

All fields marked with an asterisk (*) are required