SEMINAR PEMBANGUNAN PROFESIONAL JURUKUR TANAH BERLESEN BIL. 2/2022 “KETERAMPILAN DIRI UNTUK JURUKUR TANAH BERLESEN”
Seminar Pembangunan Profesional Jurukur Tanah Berlesen Bil. 2/2022 “Keterampilan Diri Untuk Jurukur Tanah Berlesen” telah diadakan pada 16 dan 17 Februari 2022 bertempat di Grand Millennium Hotel, Kuala Lumpur. Seminar ini diadakan adalah bertujuan untuk membantu meningkatkan kredibiliti dan keyakinan diri, menjadi lebih professional serta mempunyai penampilan positif sebagai seorang individu professional.








