GOLF TAHUNAN PEJUTA 2022
Golf Tahunan PEJUTA 2022 telah diadakan pada 20 Mac 2022 di Amverton Cove Golf, Pulau Carey, Selangor. Seramai 28 peserta telah menyertai pertandingan ini.
Acara Golf Tahunan PEJUTA merupakan acara tahunan yang telah disusun dalam jadual aktiviti tahunan PEJUTA. Acara ini diadakan bertujuan mengumpul seberapa ramai JTB yang aktif dengan acara golf bagi mengeratkan silaturahim antara JTB.

























