MAJLIS MAKAN MALAM PEJUTA 2022
Majlis Makan Malam PEJUTA telah berlangsung pada 21 Mac 2022 bertempat di Hilton Kuala Lumpur. Majlis ini dihadiri oleh lebih 100 orang yang terdiri daripada ahli PEJUTA dan tetamu jemputan. Acara ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim antara ahli serta menghargai sokongan dan komitmen mereka sepanjang tahun.
Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan daripada Presiden PEJUTA, Dr Noordin bin Ahmad dan diikuti dengan sesi makan malam yang diiringi dengan persembahan nyanyian daripada sebuah kumpulan muzik yang menghiburkan para tetamu.
Sesi penyampaian sijil kepada ahli baharu PEJUTA dan kepada EXCO sesi yang lepas turut diadakan sebagai tanda penghargaan dan sambutan kepada mereka yang baru menyertai persatuan.
















