SEMINAR PEMBANGUNAN PROFESIONAL JURUUKUR TANAH BERLESEN SIRI 3/2022
Seminar Pembangunan Professional Jurukur Tanah Berlesen Siri 3/2022 telah diadakan pada 21 Mac 2022 bertempat di Hilton Kuala Lumpur. Program ini bertujuan untuk meningkatkan pengetahuan dan profesionalisme dalam kalangan jurukur tanah berlesen melalui perkongsian maklumat terkini berkaitan industri dan isu-isu semasa.
Sesi pertama membincangkan topik “Perluasan Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad 2001” manakala sesi kedua pula bertajuk “Jenayah Kolar Putih di Kalangan Professional” membincangkan tentang kesedaran dan langkah-langkah pencegahan terhadap jenayah dalam kalangan profesional.
Pada sebelah petang, berlangsungnya sesi bertemu Presiden PEJUTA, Dr. Haji Noordin bin Ahmad. Sesi ini memberikan ruang kepada para peserta untuk berinteraksi dan bertukar pandangan secara langsung dengan Presiden PEJUTA.






















