MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEJUTA YANG KE-43
Mesyuarat Agung Tahunan PEJUTA yang ke-43 telah diadakan pada 22 Mac 2022 bertempat di Hilton Kuala Lumpur.
Laporan Tahunan Majlis Eksekutif serta Laporan Akaun Tahunan bagi tahun berakhir 31 Disember 2021 telah dibentangkan, dibincangkan dan diluluskan. Presiden dan Setiausaha Agung bagi penggal 2022-2024 turut diumumkan secara rasmi.
Selain itu, enam (6) orang pemeriksa undi telah dilantik untuk proses pemilihan. Pemilihan bagi jawatan Dua (2) Naib Presiden, Bendahari, dan Lima (5) Ahli Majlis Eksekutif berlangsung dengan lancar dan keputusan diumumkan selepas proses pengiraan undi selesai.
Mesyuarat juga bersetuju melantik juruaudit profesional untuk mengaudit akaun tahunan serta memilih dua (2) orang juruaudit kehormat bagi penggal 2022-2024.

















