MESYUARAT WAKIL NEGERI BILANGAN 2/2022
Satu mesyuarat Wakil Negeri Bil. 2/2022 telah diadakan pada 23 Mei 2022 di Hilton, Kuala Lumpur. Seramai 29 orang wakil dari setiap negeri telah menghadiri mesyuarat tersebut. Antara isu yang dibincangkan adalah mengenai fail tertunggak oleh Jurukur Tanah Berlesen (JTB), program bersama Pihak Berkuasa Negeri dan siri mesyuarat yang telah dilakukan bersama JUPEM.




