SEMINAR PEMBANGUNAN JURUKUR TANAH BERLESEN SIRI 1/2022
Satu sesi Seminar Pembangunan Profesional-Strata telah diadakan pada 11 Januari 2022 bertempat di Ballroom A & B, Hilton Hotel Kuala Lumpur.
Antara topik yang dibincangkan semasa seminar tersebut adalah berkaitan Lift Core, Tafsiran Petak Tanah dan Pajakan TNB yang dibentangkan oleh Sr Looi Kam Seng (Seksyen Perundangan Kadaster, JUPEM), Kontrak Perlantikan Kerja Juruukur Tanah Berlesen serta pembentangan mengenai 3D Laser Scanning for Strata Plans oleh Siew Siew Weng.
















