BENGKEL KURSUS JTB MELAKA BERSAMA JUPEM NEGERI MENGENAI TATACARA SEMAKAN 16 ASCII DAN CPSP
Pada 8hb dan 9hb Disember 2021, satu bengkel telah diadakan melibatkan Juruukur Tanah Berlesen (JTB) Negeri Melaka, pihak JUPEM serta kakitangan JTB bertempat di Dewan Pelita, Avillion, Port Dickson. Jumlah peserta yang terlibat adalah seramai 55 orang. Objektif Bengkel adalah bertujuan :
- Berkongsi maklumat mengenai tatacara semakan ke atas 16 ASCII.
- Tatacara semakan Pelan Cadangan Strata (CPSP).
- Penyediaan Pelan Akui PA(B) Bangunan Strata.
- Sesi soal jawab serta perbincangan terhadap isu semasa.
- Menyelaraskan format penghasilan Pelan Strata bagi Negeri Melaka.








