MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEJUTA YANG KE-42
Mesyuarat Agung Tahunan Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) yang ke-42 telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Mac 2021 bertempat di Hilton Hotel Kuala Lumpur.
Mesyuarat dimulakan dengan ucapan alu-aluan oleh Presiden PEJUTA, Dr. Noordin bin Ahmad dan seterusnya dirasmikan oleh tetamu kehormat, Sr Hj. Sohaime bin Hj. Rasidi, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I.
Mesyuarat diteruskan dengan agenda rasmi yang meliputi pembentangan Laporan Tahunan PEJUTA, laporan akaun tahunan, serta pemilihan dua juruaudit kehormat dan juruaudit profesional bagi sesi akan datang. Semua agenda telah dilaksanakan dengan sokongan daripada ahli-ahli yang hadir.
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian sijil kepada ahli-ahli baharu PEJUTA sebagai simbolik penerimaan mereka secara rasmi ke dalam persatuan ini.




















