MAJLIS PERASMIAN TUGU PERINGATAN BANJIR KUALA KRAI

PEJUTA > CSR > MAJLIS PERASMIAN TUGU PERINGATAN BANJIR KUALA KRAI

MAJLIS PERASMIAN TUGU PERINGATAN BANJIR KUALA KRAI

Tugu Peringatan Banjir Kuala Krai ialah sebuah tugu yang terletak di Jajahan Kuala Krai, Kelantan. Tugu ini dibina pada 7 Mac 2016 dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Pertubuhan Juruukur Diraja Malaysia (RISM), Lembaga Jurukur Tanah Malaysia (LJT) dan Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) serta Majlis Daerah Kuala Krai.

Tugu ini telah dirasmikan pada 28 Ogos 2016 oleh Menteri Besar Kelantan iaitu Ustaz Dato’ Haji Ahmad dan ia dibina bertujuan untuk memperingati peristiwa banjir yang melanda Kuala Krai pada tahun 1931 (31.31meter), tahun 1979 (32.02meter) dan tahun 2014 (34.71meter).

Seni bina tugu ini dihiasi dengan mozek bermotifkan kesenian islam dan adanya arca wau bulan dan pembaris pada bahagian hujung tugu.

Seramai 10 orang ahli majlis PEJUTA telah menghadiri Majlis Perasmian Tugu Peringatan Banjir tersebut yang bertempat di Pesimpanan Lebuhraya Gua Musang – Kuala Krai Kota Bahru, Kelantan.