SEMINAR PEMBANGUNAN PROFESSIONAL JURUUKUR TANAH BERLESEN SIRI 2/2016

PEJUTA > Seminar > SEMINAR PEMBANGUNAN PROFESSIONAL JURUUKUR TANAH BERLESEN SIRI 2/2016

SEMINAR PEMBANGUNAN PROFESSIONAL JURUUKUR TANAH BERLESEN SIRI 2/2016

Seminar Pembangunan Profesional Juruukur Tanah Berlesen Siri 2/2016 telah berlangsung dengan jayanya pada 21 November 2016 di Shangri-La Rasa Sayang Resort, Pulau Pinang. Seminar ini menghimpunkan lebih 100 orang ahli PEJUTA khususnya Jurukur Tanah Berlesen bersama beberapa ahli korporat PEJUTA yang mengambil peluang untuk mempamer dan mempromosikan produk mereka kepada para peserta yang hadir. Majlis telah dirasmikan oleh Presiden PEJUTA, YBhg. Dato’ Dr. LSr Mohd Zaid bin Abdullah yang turut menyatakan penghargaan atas sambutan menggalakkan daripada ahli.

Sepanjang seminar, beberapa topik telah dibentangkan termasuklah “Roadmap National BIM Centre 2016–2020” oleh Shariffudin Umar, kertas kerja “Safety & Health During Underground Detection Survey” yang disampaikan oleh YBhg. Datuk LSr Johari bin Wahab, serta pembentangan mengenai “Pelaksanaan Sistem MyRTKNet” oleh LSr Haji Sohaime bin Rasidi. Seminar ini bukan sahaja menjadi platform penting untuk menambah ilmu dan amalan profesional, malah turut memperluas jaringan kerjasama dalam kalangan pemain industri.

Leave A Comment

All fields marked with an asterisk (*) are required