14th TRIPARTITE MEETING
Mesyuarat Tripartie adalah mesyuarat diantara Persatuan Juruukur Sabah, Sarawak dan Semenanjung di adakan setiap tahun dan pada tahun 2016, PEJUTA telah menjadi tuan rumah untuk mesyuarat tersebut.
Mesyuarat ini telah berlangsung pada 22hb November 2016 bertempat di Hotel Rasa Sayang, Feringghi, Pulau Pinang dengan kehadiran 6 orang daripada Association of Registered and Licensed Land Surveyors Sabah (SAJUTA), 11 orang daripada PEJUTA dan 7 orang daripada Association of Consulting Licensed Land Surveyors Sarawak (ACLS).
Pada mesyuarat kali ini isu yang dibangkitkan adalah berkaitan isu fi ukur kejuruteraan. Cadangan telah diterima daripada pihak ACLS supaya pengiraan “percentage” adalah lebih senang bagi fi ukur kejuruteraan tersebut. Mesyuarat juga bersetuju untuk di adakan rundingan bersama diantara ACLS, SAJUTA dan PEJUTA untuk menyelesaikan isu fi ukur kejuruteraan itu.
Sebagai penutup, satu lawatan teknikal telah diadakan di Bukit Bendera, Pulau Pinang dan jamuan makan malam di hotel Rasa Sayang Resort.







