GOLF TAHUNAN PEJUTA 2017
Tujuan utama Kejohanan Golf Tahunan PEJUTA 2017 adalah untuk mengeratkan ikatan setiakawan sesama ahli PEJUTA bersama tetamu jemputan di kalangan komuniti juruukur tanah di negara ini yang dimaterialisasikan dalam bentuk aktiviti-aktiviti riadah dan sosial.
Kejohanan ini telah berlangsung pada 22 Mac 2017 bermula jam 7.00 pagi bertempat di Glenmarie Golf and Country Club, Shah Alam dengan penyertaan seramai 68 orang yang majoritinya merangkumi ahli-ahli PEJUTA termasuk pemain-pemain jemputan terdiri daripada pegawai-pegawai kanan Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar serta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.
Sesi penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato’ Dr LSr Hj Mohd Zaid bin Abdullah selaku Presiden PEJUTA ketika Jamuan Makan Tengah Hari di Club Golf tersebut.

























































































