MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEJUTA YANG KE-38

PEJUTA > AGM > MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEJUTA YANG KE-38

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PEJUTA YANG KE-38

Mesyuarat Agung Tahunan Ke-38 PEJUTA telah berlangsung pada 23 Mac 2017, Jam 9.00 pagi, bertempat di Hotel Holiday Inn Kuala Lumpur Glenmarie, Shah Alam dengan kehadiran seramai 268 ahli.

Mesyuarat dimulakan dengan ucapan Presiden, Dato’ Dr Hj Mohd Zaid bin Abdullah, yang turut menyampaikan ucapan takziah atas pemergian tiga ahli PEJUTA pada tahun 2016 dan awal 2017. Beliau juga menyentuh tentang beberapa pencapaian PEJUTA termasuk penglibatan dalam Focus Group Dealing with Construction Permits (FGDCP) serta jawatankuasa Hakmilik Strata di bawah JKPTG.

Laporan Tahunan 2016 telah dibentang oleh Setiausaha Agung, manakala penyata Kewangan 2016 telah dibentangkan oleh Bendahari dan menerima beberapa cadangan bagi meningkatkan sumber pendapatan PEJUTA.

Seterusnya, Presiden dan Setiausaha Agung bagi penggal 2017-2019 disahkan kekal, manakala proses pemilihan Naib Presiden, Bendahari, dan Ahli Majlis Eksekutif dijalankan. Mesyuarat juga bersetuju untuk melantik semula dua Juru Audit Dalaman yang terdahulu untuk tempoh dua tahun seterusnya.

Booth pameran juga turut disediakan di ruang Foyer untuk ahli korporat PEJUTA mempromosikan produk mereka kepada Jurukur Tanah Belesen yang hadir.