PROFESSIONAL DAY PEJUTA 2017
Hari Profesional PEJUTA bagi tahun 2017 yang bertemakan ‘Surveyor Back to Nature” telah diadakan pada 09 September 2017 (Sabtu), jam 7.30 pagi – 12.30 tengah hari, bertempat di Halaman Rumah Terengganu, FRIM Kepong. Program ini merupakan program kesinambungan PEJUTA yang bertujuan untuk mengeratkan lagi persefahaman akrab di antara PEJUTA, JTB dan ahli keluarga.
Hari Profesional PEJUTA 2017 juga turut disertai oleh Dato’ Indera LSr Ismail bin Harun, Setiausaha Lembaga Juruukur Tanah Malaysia dan Sr Dr Teng Chee Hua, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia II.
Hari Profesional PEJUTA 2017 (PPD 2017) telah berjaya memperolehi penyertaan hampir 124 ahli PEJUTA berserta ahli-ahli keluarga sejumlah 298 orang. Pelbagai aktiviti menarik berbentuk kekeluargaan merangkumi sukaneka yang terdiri daripada empat (4) acara dan Senaman Ringan yang dikenali sebagai Senaman Tua atau Tai Chi telah dijalankan bagi membawa keseimbangan di dalam persekitaran kerjaya dan juga di luar waktu bekerja.
Selain Aktiviti Sukaneka dan Senaman Ringan, PPD 2017 juga turut disajikan dengan Pertandingan Pakaian Tercantik dan juga ‘Lucky Draw’. Program ini juga turut dihadiri oleh sebanyak lapan (8) ahli korporat PEJUTA yang turut mempamerkan pelbagai produk berkaitan geomatik dan telah memeriahkan lagi majlis yang disertai oleh pelbagai lapisan setiap peringkat umur. Antara ahli koporat yang menyertai program tersebut adalah GPS Lands (M) Sdn Bhd, Bandwork GPS Solution Sdn Bhd, CAD Focus Sdn Bhd, Surmap Sdn Bhd, Syarikat E.J Motiwala, Topcon Instruments (Malaysia) Sdn Bhd, Topsystem Sdn Bhd dan GSTC.










































































































