PROGRAM CERIA ALAM 2019
Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang bertemakan ‘ceria alam’ anjuran bersama Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA), Persatuan Juruukur Tanah Berdaftar Dan Berlesen Sabah (SAJUTA) dan “The Association Of Consulting Licensed Land Surveyors Sarawak” (ACLS) telah diadakan di Pantai Hujung Airport, Langkawi pada 22 Oktober 2019.










