KL GEOHYDRO 2019
KL GeoHydro 2019 telah diadakan pada 18-19 November 2019 di Hotel Istana Kuala Lumpur yang berkonsepkan Persidangan & Pameran. Seramai 300 peserta hadir bagi kedua-dua hari tersebut. Para pembentang dari dalam dan luar negara terlibat dalam membentangkan kertas teknikal mereka.
Majlis Perasmian KL GeoHydro 2019 ini telah disempurnakan oleh Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli , YB. Tengku Zulpuri Shah bin Raja Puji. Majlis Graduasi untuk Peserta Program Hidrografi UTM (FIG/ IHO/ ICA) juga telah diadakan pada majlis tersebut.















































