SESI DIALOG PEJUTA BERSAMA PTG & PTD KEDAH

PEJUTA > Dialogue > SESI DIALOG PEJUTA BERSAMA PTG & PTD KEDAH

SESI DIALOG PEJUTA BERSAMA PTG & PTD KEDAH

Sesi dialog Ahli Majlis Eksekutif PEJUTA bersama Ahli Zon Utara, Pejabat Tanah dan Galian Negeri Kedah (PTG) dan Pejabat Daerah dan Tanah Negeri Kedah telah diadakan di Langkawi, Kedah pada 13 Disember 2020. Dialog ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu ukur hakmilik di antara JTB dan PTG/PTD.

Acara ini diserikan lagi dengan Majlis makan malam bersama Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Kedah dan Pentadbir-Pentadbir Tanah Negeri Kedah telah diadakan di Paradise 101 Langkawi. Makan Malam ini telah ditaja sepenuhnya oleh pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim antara pihak PEJUTA, JTB dan Pihak Berkuasa Langkawi.