GOLF MESRA LJT 2020
Acara Golf Mesra LJT 2020 telah diadakan dengan jayanya pada 20 Disember 2020 bertempat di Palm Garden Golf Club, Putrajaya. Program ini merupakan salah satu inisiatif Lembaga Jurukur Tanah (LJT) dalam menggalakkan jalinan hubungan mesra dan semangat kesukanan dalam kalangan komuniti ukur tanah. Turut hadir ke acara ini ialah tetamu kehormat, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Dato’ LSr Dr. Azhari bin Mohamed.
Acara dimulakan dengan taklimat oleh Hj Nazam bin Sulaiman yang memberi penerangan berkaitan perjalanan pertandingan, peraturan permainan, serta aspek keselamatan sepanjang acara berlangsung. Selepas sesi taklimat, para peserta dilepaskan mengikut kumpulan bagi memulakan acara golf di padang.
Majlis diakhiri dengan sesi penyampaian hadiah kepada para pemenang bagi beberapa kategori termasuk Longest Drive, Nearest to Line dan Nearest to Pin. Secara keseluruhan, acara ini telah berjaya mencapai matlamatnya sebagai platform santai untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara PEJUTA, JUPEM dan LJT.




































