MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA 2021

PEJUTA > EGM > MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA 2021

MESYUARAT AGUNG LUAR BIASA 2021

Pada 15 Mac 2021, Persatuan Juruukur Tanah Bertauliah Malaysia (PEJUTA) telah mengadakan Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) bagi membincangkan cadangan penangguhan pemilihan Ahli Majlis Eksekutif bagi sesi 2021/2023. Penangguhan ini dicadangkan ekoran kekangan pandemik COVID-19 yang menghalang pergerakan merentas negeri serta ketiadaan kaedah pengundian atas talian.

Resolusi ini bertujuan memastikan kelangsungan pengurusan PEJUTA dan kesinambungan aktiviti yang dirancang oleh Ahli Majlis Eksekutif sedia ada. Pemilihan yang sepatutnya diadakan sebelum 31 Mac 2021, ditangguhkan ke satu tarikh lain sebelum 31 Mac 2022. Keputusan ini selaras dengan Perlembagaan PEJUTA dan tidak melanggar sebarang peruntukan yang ditetapkan.