BENGKEL PEMURNIAN KERJA PENGUKURAN KADASTER JURUUKUR TANAH BERLESEN
Bengkel Permurnian Kerja Pengukuran Kadaster Juruukur Tanah Berlesen bagi tahun 2022 telah diadakan pada 1 hingga 3 November 2022 bertempat di PARKROYAL Penang Resort. Bengkel ini bertujuan untuk memurnikan kerja-kerja pengukuran kadaster yang dijalankan oleh Juruukur Tanah Berlesen (JTB) serta memperkukuhkan pemahaman berkaitan prosedur, isu semasa, dan peranan warta di dalam Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM).















